28 July 2011

besday MEGI


Assalamualaikum

Sya(left) and Ana(right)

celebrate besday ana dekat KFC taman maju

celebrate besday sya dekat Burger King medan gopeng

dah lepas 2 3 hari baru nak update besday member2, rmi MEGI ( mechy girls) yg lahir bulan 7 ni. Sebelum sya and ana, najat nye besday..tu smbut time FUN FUN FUN nye event and arini pun ade lagi besday MEGI, Jayzeee!!! epy besday jayzee :) Sekarang sume dah msuk 22 yer, sebaya la kite =p, sebab bulan 12 lmbat lagi so im still 22 tahun k, yeahhh!!  


nampaknye ayam penyet xmenjadi yer sebab malam ni dah gerak balik kelantan..huhuhu, aritu cakap xnak balik tp tp tp..adik-adik sume balik, kalu balik next week xmeriah sgt dah sebab sorg2. abil present esok, patutnye arini tp postpone esok. Ayam penyet pun kene postpone jugak, smpi bile itu yang kite xtau..huhuhu

k'lah, doakan ambo slamat sapa klate deh, makasih byok =D

26 July 2011

rase macam mude 10 tahun =P

assalamualaikum

ak tau aku exaggerate , baru pas present proposal defence dah rse mude 10 tahun. biar ahh!! tp compare to those yg xpresent lagi mst krg xsng duduk kan..hahha, tkpe2 nanti korang pun ak rse mude 10 tahun jugak :P

alhamdullilah aku dpt Dr.naga as internal examinar, die sgt baik kot, ak rase kalu dapat lecturer lain memang aku mampos kaw-kaw. evaluation form xbwk, report xprint...huh!, diri sndiri pun keciwa tau. tapi tkpelah mende dah lepas and dah selesai pun (^_______^).

saya dh abis present gitu (^______^)

dah plan ngan abil, lepas presentation nk p makan ayam penyet, kene tunggu abil selesai present dulu. xsilap aku abil present ari rabu ni xpun ari khamis ni. heee, ak buat ape ye time tu :P

k..kawan-kawan yang belum, all da best present dan kepada yang dah. awet mude kan kite...hhihii

21 July 2011

kuih pun reti nak manja-manja k..

assalamualaikum

korang jangan ingat yg mende hidup je boleh manja-manja macam manusia n tumbuhan n kucing. motif aku bagi contoh haiwan kucing sebab aku rasa banyak-banyak binatang kucing laa paling amat manja dgn tuannya. kan kan kan..bagi yang ade kucing korang mesti pahammmmm

okes, berbalik pada kuih, korang jgn imagine yg ade kuih leh gesel2 mcm kucing lak, bukan2..amat ngeri ade kuih macam tuh, mmg kompem ak xbeli kuih cam gitu. hahaha, actually kuih nih name jer kuih manja. ce tgk gmbar bawah nih, mne part yg korang rase kuih nih manja, hahaha, aku pun xtau tp orang namekan kuih nih kuih manja, mungkin sbb kuih nih kecik2 molek boleh makan sgali ngap jer, mgkin...


kuih ni ade dijual dekat pasar malam taman bendahara dekat area UMK. Murah jer 10biji RM 1, xsmpi 5 minit boleh abis, kalau yg kebulur seminit pun boley =p.

gambar bawah ni tunjuk camner akak tu buat kuih manja, senang jer kalau dah pro. letak acuan tepung atas plate tuh n buat bentuk bulat, dah macam nak masak bawah die cepat2 letak kaya, cover kaya tuh macam dlm gambar 1st n cepat2 angkat sbb xmo bagi hangus.
kalau kat tronoh nie, xtau la kuih manja ni available ke x tp kalau kt kelantan senang je jumpe kuih nih. kuih ni sedap kay makan time panas-panas, mmg kalu beli seringgit selalu xpenah cukup ahh. sekian untuk update kali ni. selamat mengidam kuih manja MyEm0.Com

17 July 2011

header lagi..hohoho!!

Assalamualaikum
dah jadi feveret hobi lak main edit2 dgn photoscape and Gimp ni. hee
at least i know wat to do when im depressed http://www.emocutez.com

ni untuk my feveret girl, iss.. http://www.emocutez.com


dan ini untuk cikminn, untuk cikminn ak buat 4 dan ini akhirnya pilihan cikminn. actually ini yg paling ak suka jugak sebab simple, kan cikminn. hihihi...

2 kat bawah ni adalah antara 4 yang aku buat


ok, sekian untuk update kali nie, salam http://www.emocutez.com


Salam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


Selamat beramal =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...