Pages

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

28 July 2013

Ramadhan : 19 ramadhan

Assalamualaikum,
Hari ni masuk hari ke-19 ramadhan sudah, so far how? 
Ok bj raya 5 pasang siap, tdg 10 helai beres! 

* dush!! Jatuh kerusi terus


Ya betul raya dah dekat tapi bulan yg awesome ni pun dah nk abis, sayang kalau dbiarkn tanpa pengisian so jom kita sama2 topup utk bekalan akhirat nanti. Bulan ramadhan nie setiap amalan baik yang kita buat berganda pahalanye and sebaliknya kalu kita buat perkara salah tp still bulan- bulan ni jgk la banyak kes pecah rumah. Macam beberapa hari lepas, jiran sbelah, rumah die kne pecah msuk time solat terawih, siyesly brani sbb umah jiran nie btol2 sblh jalan, memang kental hardcore lah, hilang 3 biji laptop and kunci kereta. Nauzuillah, mintak dilindungi dari perkara2 xbaik nih. Sebelum keluar pi smayng make sure rumah lock btol2 dah k.

Dah nk dekat 10 mlm terakhir nie, so hunting season nk start dh,,,,,. 

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Lailatul qadar, moga ade jodoh antara kita, inshaa Allah....



Oklah, thanks sudi jenguk sepatbiru :) Moga drahmati Allah s.w.t

21 July 2013

Ramadhan: Syukur Alhamdullilah :)

Assalamualaikum pembuka bicara harap semua sihat sejahtera... Hehe, since lame xupdate kita buka dgn pantun 2 kerat cket.. Alhamdullilah syukur sebab untuk ramadhan kali ini, diri yg sentiasa alpa ni masih diberi peluang utk meraikan bulan yang penuh barakah nih. Tq Allah s.w.t :)

If nak update soal life, Life of working unmarried woman is plain :( most of the time, soal kerja n kerja n kerja sampai tidur malam pun mimpi kerja yang tertunggak. But still, syukur alhamdullilah saya ade kerja compare to those yg still mencari kerja. Hidup ni kne selalu buat perbandingan tp dengan orang yg kurang bernasib baik dari kita. Kalau kita selalu compare dengan orang yg lebih baik rezekinya dari kita sampai kapan pun kita tidak akan pernah bersyukur.  But, ade but ok.. Bile dah compare dgn orang yg kurang bernasib baik jangan lah sampai dah xnak strive for better, kita kne continue usaha n at the same time sentiasa bersyukur terhadap nikmat-Nya. Rezeki orang lain2, Dia lebih mengetahui :) rezeki dekat dunia ni ibarat air laut yg sangat luas, minum sampai kuar balik pun, air laut tu xkering2 jgk so jgn risau ek. Perancangan yang Dia aturkan tu lagi super duper better dari yang kita pikirkan maka senantiasalah bersangka baik dengan-Nya. 

Oklah. Kne pegi kerja dah :/. Yosssss kuatkan semangat!!!! Selamat berpuasa ye :) Assalamualaikum

                                         

07 September 2008

Ramadhan in UTp

salam, lame dh xpost ape2 since bln 8 aritu..huhuhu, bz la jgk...
skrg nih dah bulan puase, smngat gak ahh nk puase kat cni..
aritu 2, 3 ari sblm puase ak ngan syaz merempit pi cari induction cooker
prepare nk msk bulan2 puase nih...hangus 230 duit ak..hihihi, tp tkpe berbaloi dow..

arini, actually dh msok 6 ari puase kat utp n spnjg 6 arini, ak n syz xpenah mkn beli
kecuali ari test sp coz xsempt..hihihi, byk dh resepi yg ktrg cube..tomyam, ayam kicap, sayur bayam, sayur campur, sayur air, ikan goreng belade, daging msk merah, sayur tauhu n bla bla bla.....hihihhi tp kan yg sedih sbnrnye, ak xpenag puase lagi, sbb yelah, dpt cuti yg xleh dtolak.sedih la jgk tp ape pun bertuah jgk sbb those yg xleh puase time bln puase, die akn dpt pahala 60 org yg mati syahid utk sehari die xpuase, so klu mcm ak yg dh 6 arinih, byk tuh...=P. ak cume hrp 10 mlm terakhir tuh ak xcuti lagi la, sbb ak nk sgt memburu mlm lailatil qadar, dh memeg aim ak utk ramadhn kali nih, biarlah ak dpt beribadat sebanyak byk nye pd mlm yg penuh keberkatan itu..amin...



FADHILAT BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...