Pages

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

12 September 2010

raya eid 2010

salam lebaran kawan-kawan
dah masuk hari raya ketiga..mood raya pun dah kurang-kurang cket yang betambahnye berat badan..adehhh, hari-hari makan best cmner nak tolak..masuk masuk...hehehe

seperti kebiasaan hari raya pertama semua akan berkumpul di serambi sofwan, lepas sembahyang raya, bermaaf-maafan kemudian makan-makan dan acara kemuncak seisi fotografi, tiap2 tahun memang xpenah miss.

alhamdullilah, raya kali nih sentiasa best seperti tahun-tahun kepas juga cuma duit raya jer dah xdapat, nih mmg xbest!! masalah keluarga tidak dicampur adukkan, so semuanya berjalan lancar. Tahun nih kak penny dan suami tak balik kelantan, raya ke-2 baru bertolak dari melaka,

Abe eka memilih untuk sambut hari raya di makassar, sulawesi. even tiket raya dah beli last2 minute decide xjadi nk balik...selamat hari raya lah..moga berbahagia di sana yer.

gambar sengal di hari raya =p

beraya ke rumah ayin

my feveret =D


p/s: anyway,happy birthday to my dearest friend TrexTbone!!!

27 November 2009

aidil...... adha



Selamat Hari Raya Aidiladha kawan-kawan semua
seronok kan bile da sampai umah, da xpikir pasal exam lagi..just raya2...makan2..besto place~
tp actually dis year nye raya haji xsemeriah cam last year N last2 year coz ramai yg tidak balik..TP tkpe raya tetap jalan, 'ustaz shiham' MyEm0.Comhihiihi.. tetap pergi sembelih lembu.
photoshoot pun ttp jalan but just for a ladies..n sofwan's family
ok, sekian utk update kali ini
sambung makan satay..
babaii
MyEm0.Com

12 December 2008

[_Hari Raya Aidiladha_]

Hari raya aidiladha ataupun hari raya haji ialah perayaan yang diraikan oleh seluruh umat islam di setiap pelosok dunia. Hari raya haji merupakan perayaan kedua terbesar selepas perayaan hari raya puasa. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan zulhijjah setiap tahun. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Kisah Nabi ibrahim dan anaknya Nabi ismail
Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu Allah s.w.t mengembirakannya dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim a.s berumur 86 tahun. Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu. Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu. Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar. Dikatakan kedua-duanya telah berserah diri sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami). Setelah kedua-duanya berserah diri untuk menjalankan perintah Allah dan berazam dengan bersungguh-sungguh, Allah s.w.t telah menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan melalui Malaikat. Sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian, salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t lalu Allah Taala mengantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Muhammad s.a.w.
"dipetik dari www al-islam.com"

Salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...