Pages

21 November 2011

Pelangi indah

Kadang-kadang Allah tutup matahari,

Allah datangkan hujan dan guruh yang menyeramkan.
Kita tertanya-tanya, "ke mana perginya matahari? Kenapa Allah uji aku sampai macam ini?"
Namun, selepas itu, Allah memberi kita pelangi.
Indahnya pelangi itu.
Ya, Itulah pelangi cinta.
Cinta yang paling indah.
Itulah cinta ilahi.




Sesungguhnya janji Allah itu adalah pasti
dan Dia tidak pernah meninggalkan hamba-hamba yang memerlukan-Nya
syukur ke hadrat illahi, hari ini mampu celik mata lagi
moga hari ini lebih baik dari semalam
insyaallah

20 November 2011

Lumix part 2

Assalamualaikum

Tibe-tibe Lumix part 2 kan...entah bile part 1 tak tau..hehehe, part 1 nye sini. Time balik yang xcident aritu dah bagi Lumix kat ayah suh pi hantar kedai, baiki... Setelah lame tak bukak Lumix since msuk air, try-try bukak boleh on tetapi.....screen jadi gelap, try snap..pastu transfer dalam laptop tengok-tengok gambar hitam, gelap!... then OFF terus lumix. Time bagi kat ayah try on balik, kali ni tak leh on pulak dah..tak tau la ape nak jadi ngan lumix nih..sekarang kat kedai xtau ape cerr..huhuhu. Insyaallah ade hikmah dsebalik sume nih, husnuzon2.....

update blog pun takde gambar-gambar baru lah, tadi usha-usha album lame..rindu pulak kat Lumix, cepat la sihat wahai lumix...

atiq and iman time raya puase 

on da way balik p.mas, jmpe umah comel

betta fish ayah, bekas ikan comot cket..hee

khamis lepas, result UPSR kan, Alhamdullilah cia dapat 5A. Tahniah cia dan rakan-rakan sebaye yer..  Insyaallah plan nye nak suh cia masuk Maahad Muhammadi Perempuan, ikut jejak acik tapi kene lepas ujian kemasukan laa, iA dpermudahkan..tapi ummi try jugak mintak MARA. tengokla rezeki dapat mane-mane. kalau cia masuk asrama, sunyi la serambi sofwan. sume duk jauh-jauh.. Ya allah bialah dapat rezeki keje kat kelantan nanti boleh teman umi, ayah n cik n bleh minum tea beng pasar kale chepo ari2..=p

Tahniah Nasiha Sofwani
okes, selamat malam..Assalamualaikum, thanks sudi-sudi singgah sepatbiru
p/s: angkut DSLR seketul best jgk kan.. =p

28 October 2011

Accident kereta..... salah aku....

Assalamualaikum
bersyukur dberi peluang untuk menulis entry baru lagi. Amin....

sepatutnya aku pulang ke Utp ahad lepas tapi disebabkan sesuatu yang tidak boleh dielakan.... baru hari ini aku selamat tiba ke Utp. kalau tuhan dah ckap jadi maka jadilah, kun fayakun. Ahad aritu lepas hantar cua balik mrsm ak terus drive ke umah Cikna untuk ambil file gambar sempene graduasi budak-budak tadika cahayaku. Cikna mintak tolong angah buat video graduasi. Sampai umah cikna elok-elok msuk waktu maghrib so terus solat kat situ. Terun dari umah Cikna dekat-dekat kul 8pm dah laa, bas nak balik utp kul 8.30pm so drive kete tuh agak kalut2 cket.

Bahagian seat sebelah driver, tempat duduk angah.

Tak tau la camner, gara-gara nak elak sebuah kereta, kereta yang aku drive jadi lost control and sebelum terbabas masuk longkang ak terlanggar seorang pejalan kaki. Allah saje yang tau waktu tu..betapa takutnya aku. Jalan perindustrian tu memang gelap sebab takde lampu jalan. Aku pulak silau. Aku bukan sorang-sorang dalam kerete time tu tapi dengan angah, angah pun same lah naik bas balik Uniten kul 8.30pm jugak. Alhamdullilah tidak terhingga sebab aku and angah cume luke-luke ringan tapi angah kena jahit cket kat tangan kanan.
kiri kereta memang rosak banyak
tayar depan belah kiri, ni sebab melompat msuk longkang

aku sedar time kerete masuk longkang tuh, kerete berasap and aku dengar bunyi cam air tumpah, ingatkan minyak tumpah, memang kalut lah ak keluar, ak n angah keluar ikut cermin depan kerete sbb cermin dah mmg hancur lebur. keluar and lompat longkang duk kat tepi jalan pastu baru ramai orang datang tolong. 

aku and angah keluar ikut cermin depan ni lah
Ingatkan luke kat  tangan jer, pastu bile ade sorang makcik bawak duduk garage umah die baru perasan kaki kanan berdarah sebab banyak masuk kace n kepala jg berdarah cket. kaki tu mgkin luke time nak keluar dari kerete kot.
belah kanan sihat sajo
Dalam 10minit pastu umi and ayah sampai. ambulance and polis pun sampai serentak. budak yang ak langgar tu tercampak masuk longkang dan tidak sedarkan diri. ya allah mmg aku takut teramat sgt, orang tempat kejadian ckap budak tu agak2 50-50 kot, antara hidup dan mati.

belah kiri mmg teruk. Alhamdullilah angah ok.
En.polis amek butir-butir diri aku kejap lepas tu ummi n ayah bawak p hospital pakar perdana kota bharu. report esk pagi baru pergi buat sebab tempoh 24hours. Malam tu kawan ayah pergi hospital USM tengokkan budak yang aku langgar tu. Rupanya die orang Bangladesh, pekerja kilang time tu die on da way balik kerja. alhamdullilah tak mati tapi patah tulang punggung.

dalaman Ok, so xleh declare total loss kat insurance
Memang kali ini aku tidak bernasib baik tak macam kes tragedi ayam penyet tu tapi even tidak bernasib baik pun dengan keadaan aku yang masih boleh berjalan dengan sempurna ni dan boleh buat urusan harian seperti biasa, ak panjat kesyukuran tidak terhingga..terima kasih sgt ya allah. terima kasih kerana masih memberi kesempatan untuk aku mengumpul bekal buat perjalanan akhirat-Mu.

angah, im sorry..janji bwk kete baik2 pasni!
Semoga pengalaman aku menjadi pengajaran kita semua. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...