Maulidur Rasul dalam bahasa arabnya bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w bersamaan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Nabi Muhammad S.a.w adalah nabi terakhir yg diutuskan oleh Allah s.w.t.
Banyak cara sambutan maulidur rasul nih, mcm dekat mrsm dulu selalu diadakan perarakan, ceramah dan macam2 lagi tapi semua sambutan nih bertujuan untuk memperingati Nabi Muhammad s.a.w.
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
- Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."
- Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."
- Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.
Dipetik dari Jabatan Mufti Melaka
Nabi Muhammad s.a.w dah lame meninggalkan kita tapi ajaran nya masih ada, sunnah dan al-quran harus dijadikan rujukan. ni aku nak suggestkan satu lagu best, lagu untuk kita selalu ingatkan Nabi Muhammad s.a.w. Klik disini pemergianmu =)
thanks sudi2 jenguk separbiru...
Salam Maulidur Rasul
1 comment:
Nice blog & good info. saya singgah & follow awak.hehehe (^_^)
Post a Comment