Assalamualaikum
bersyukur dberi peluang untuk menulis entry baru lagi. Amin....
sepatutnya aku pulang ke Utp ahad lepas tapi disebabkan sesuatu yang tidak boleh dielakan.... baru hari ini aku selamat tiba ke Utp. kalau tuhan dah ckap jadi maka jadilah, kun fayakun. Ahad aritu lepas hantar cua balik mrsm ak terus drive ke umah Cikna untuk ambil file gambar sempene graduasi budak-budak tadika cahayaku. Cikna mintak tolong angah buat video graduasi. Sampai umah cikna elok-elok msuk waktu maghrib so terus solat kat situ. Terun dari umah Cikna dekat-dekat kul 8pm dah laa, bas nak balik utp kul 8.30pm so drive kete tuh agak kalut2 cket.
Bahagian seat sebelah driver, tempat duduk angah. |
Tak tau la camner, gara-gara nak elak sebuah kereta, kereta yang aku drive jadi lost control and sebelum terbabas masuk longkang ak terlanggar seorang pejalan kaki. Allah saje yang tau waktu tu..betapa takutnya aku. Jalan perindustrian tu memang gelap sebab takde lampu jalan. Aku pulak silau. Aku bukan sorang-sorang dalam kerete time tu tapi dengan angah, angah pun same lah naik bas balik Uniten kul 8.30pm jugak. Alhamdullilah tidak terhingga sebab aku and angah cume luke-luke ringan tapi angah kena jahit cket kat tangan kanan.
kiri kereta memang rosak banyak |
tayar depan belah kiri, ni sebab melompat msuk longkang aku sedar time kerete masuk longkang tuh, kerete berasap and aku dengar bunyi cam air tumpah, ingatkan minyak tumpah, memang kalut lah ak keluar, ak n angah keluar ikut cermin depan kerete sbb cermin dah mmg hancur lebur. keluar and lompat longkang duk kat tepi jalan pastu baru ramai orang datang tolong. |
aku and angah keluar ikut cermin depan ni lah |
Ingatkan luke kat tangan jer, pastu bile ade sorang makcik bawak duduk garage umah die baru perasan kaki kanan berdarah sebab banyak masuk kace n kepala jg berdarah cket. kaki tu mgkin luke time nak keluar dari kerete kot.
belah kanan sihat sajo |
Dalam 10minit pastu umi and ayah sampai. ambulance and polis pun sampai serentak. budak yang ak langgar tu tercampak masuk longkang dan tidak sedarkan diri. ya allah mmg aku takut teramat sgt, orang tempat kejadian ckap budak tu agak2 50-50 kot, antara hidup dan mati.
belah kiri mmg teruk. Alhamdullilah angah ok. |
En.polis amek butir-butir diri aku kejap lepas tu ummi n ayah bawak p hospital pakar perdana kota bharu. report esk pagi baru pergi buat sebab tempoh 24hours. Malam tu kawan ayah pergi hospital USM tengokkan budak yang aku langgar tu. Rupanya die orang Bangladesh, pekerja kilang time tu die on da way balik kerja. alhamdullilah tak mati tapi patah tulang punggung.
dalaman Ok, so xleh declare total loss kat insurance |
Memang kali ini aku tidak bernasib baik tak macam kes tragedi ayam penyet tu tapi even tidak bernasib baik pun dengan keadaan aku yang masih boleh berjalan dengan sempurna ni dan boleh buat urusan harian seperti biasa, ak panjat kesyukuran tidak terhingga..terima kasih sgt ya allah. terima kasih kerana masih memberi kesempatan untuk aku mengumpul bekal buat perjalanan akhirat-Mu.
angah, im sorry..janji bwk kete baik2 pasni! |
Semoga pengalaman aku menjadi pengajaran kita semua.