Pages

07 August 2011

Ape nak buat bile dapat cuti time bulan puase?

Assalamualaikum

Hari ini 7 Ramadhan. 7 August, esok isnin start kelas..huhu. weekend ini sunyi sebab member ramai balik, almaklumlah semua nak merase pose dekat umah, well sape tak nak kan. Last week dah jejak kaki ke Serambi Sofwan so weekend ini tak balik lah..hurm...walaupun niat nak balik tapi takpelah rindu-rinduan pun best jugak =D

Normally tak semua pempuan boleh pose penuh satu bulan kan, selalu dapat cuti seminggu or lebih kalau yang tak dapat cuti itu memang sangat best..ini cuti dbulan pose yang kalau boleh tak nak apply..huuu tapi apply atau tidak kalau dah time die.. terime sudah. So bile dapat cuti checklist ramadhan agak tersasar. 1 juzuk 1 hari tidak tercapai, so 7 hari maknanya 7 juzuk postpone. Bile dah habis cuti kena naik bullet train utk khatam Quran. Moga dpermudahkan~


Mengenai hukum baca al-quran bagi wanita yang dapat cuti nie ade khilaf dikalangan ulamak:

  • Ade yang mengatakan haram berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasullulah bersabda "Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). 
  •  Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
  •  Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.

Walaupun terdapat khilaf soal baca al-quran tapi untuk zikir dan doa tidak ade nas yang dilarang so diharuskan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.

so kita pempuan still boleh buat banyak mende yer even kite cuti pun. Jangan duk marathon citer korea pulak (ohh..ini teguran buat diri sndiri!! MyEm0.Com) Sayang lah, Ramadhan datang sekali setahun jer, jangan sia-sia kan bulan berkat ini. Tak tahan nye, hari 1st n 2nd pose dah pasang lagu raya cmner nak feel ramadhan, diri sndiri pun ternyanyi2 jgk..aigoooo!! look forward nak raye la nampaknye. xboleh2!!..jom memburu lailatul Qadar jangan duk tunggu lailatul kamdar okes!!!

okay ladies, ni tugas time cuti:

  • Berdoa
  • Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
  • Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
  • Berselawat kepada Nabi
  • Mendengar bacaan al-Quran
  • Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
  • Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
  • Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
  • Bersedekah
  • Membuat kebajikan kepada orang lain
Doa, istighfar dan zikir yang dari al-Quran tu kene baca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran. Wallahu a'lam





6 comments:

feezyhazmi said...
This comment has been removed by the author.
feezyhazmi said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

memang xle komen ke kat post nih?nnt kene remove cam pencari nur puteri adam tuh?kekeke
slamat berpose..jom celesticos berbuka bersame?hehe

Najwa Sofwani said...

hahaha..bukan aku remove weii..ak pun xtau awat jadi cmtu, mayb author tuh xjadi nk komen..
jom2..ko handle la..ak okes sajo

Unknown said...

haha..mst die ade nk ckp bende tak baek, tapi sbb bulan pose die xjadi..kekeke
aku kene organise ke?hehe..kak long la organise..kikiki

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

singgah cuci mata sini..

nice blog..nice info..

sy follow ye..~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...