Pages

01 August 2011

Bicara Selebriti di Balai Islam Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum dan selamat berpuasa 


Alhamdullilah Allah s.wt beri kesempatan jugak dengan Ramadhan tahun ni, moga bulan al-quran ini membuahkan taqwa dalam diri kite,Aminn. Entry kali ini, aku nak share berkenaan forum bersama selebriti yang diadakan di Balai Islam Kelantan pada malam 30/7/11 aritu. Forum ini sangat penuh dengan pengisian. Panel yang hadir pun memang semua meletop ahh, hee. Mereka terdiri daripada Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis, Wardina Safiyyah Fadhlullah, Sham Kamikaze, Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) dan moderator daripada TV AL-HIJRAH.


Banyak informasi yang dterima, maaflah ak xseberapa pandai nk mengolah balik ape yang dterima tapi aku cuba yer..hee.sham kamikaze story banyak tentang macam mana die merasa kemanisan iman tu, start nye bile die pergi jln-jln cari masjid and imam besar masjidil haram bersalam dengan die, yang mahal nye imam tu k.. yang ulur tangan kat sham kamikaze. kate ibu sham kamikaze mungkin tuhan itu ada sesuatu untuk mu. sejuk mata tgk sham, serba putih malam tu :)


 Pastu satu hal yang menarik perhatian aku ialah ustaz hasrizal sebab ustaz hasrizal yang sebelum ini adalah 130+ kg tetapi pada malam itu ustaz datang dengan berat 101kg. cerita ustaz mengenai self-control; sebelum ini ustaz sentiasa ok dgn saiz tubuh ustaz and pada mata isteri ustaz juga, ustaz still lelaki paling hemsem katanye :). Yang menyebabkan ustaz mengambil keputusan untuk diet ialah sebab ustaz sakit. kata doktor ustaz kene hilangkan half dari saiz ustaz. banyak motivasi yang ustaz create untuk menjayakan diet. Antaranya demi isteri ustaz, isteri ustaz seorang doktor tapi xkan ustaz nak sakit2 macam langsung tidak ade doktor dalam hidup ustaz, acceptable tapi still tidak berjaya. tetapi akhirnya ustaz berjaya nekad untuk diet sampai nak tinggalkan malaysia siap jual rumah lagi tapi perancangan allah itu berbeza dgn ape yang kita aturkan. Bercakap pasal self control ustaz sebagai seorang penulis dan penceramah sentiasa menasihati terutama remaja dalam soal mejaga diri dari terjebak dgn perkara-perkara maksiat so ustaz tidak mahu nanti ade yang menyoal balik "ala ustaz suh ktrg jgn tongok porn jgn buat prkara maksiat tapi ustaz nak tolak nasi pun xleh" ustaz hasrizal adalah selebriti, icon yang remaja lihat sebagai contoh sebab itu ustaz berusaha yang terbaik untuk diet. berbalik pada self control semuanya berkait rapat dgn hati dan hubungan kita dengan allah. Macam ustaz, ustaz berjanji untuk diet sebab itu dalam situasi macam mana sekalipun ustaz menjaga perjanjian itu contohnya aritu ustaz cter ustaz naik flight pegi india kot n mknn dalam flight itu adalah yang paling sedap k..boleh nk makan, boleh jer xde org nmpk pun.. mental cakap boleh makan nanti esok jgn mkn cover balik untuk arini punye, well akal sentiasa mencari reason untuk bolehkan kehendak nafsu and emosi pulak cakap tolong lah makan.....so yang tinggal cuma hati. hati ini lah yg harus kuat yang harus ingat akan perjanjian dengan tuhan. kalau ustaz makan jugak, ustaz hilang respek pada diri ustaz and ustaz melanggari perjanjian dgn tuhan. So, hati tulah yang kene kuat, untuk kuatkan hati akidah kene kuat jugak, bile akidah kuat ia mempengaruhi action dan pentafsiran kita. Dari situlah kita boleh membezakan betul atau salah sesuatu hal itu.

  

Wardina saffiyah menjawab isu tudung yang menjadi trend dikalangan artis dan mude mudi sekarang. semasa disoal dgn isu ini wardinaa menjawab dengan pertanyaan, salah ker kalau tudung itu menjadi trend?..hurmm...Dr. asri menjawab, tidak pernah dalam islam menetapkan trend2 dalam berfesyen asalkan tidak keterlaluan bertabarruj seperti wanita-wanita jahilillah. "kalu dah msuk pasor sume org duk tgk engko mmg la xboleh cam gitu..sume color nk ade kat badan dan itu mmg tidak boleh". Perkara ini berkait dengan tahu dan sedar. Ramai yang tahu pergi kerja pagi-pagi or malam tapi tidak ramai yang sedar perkara yang dkerjakan itu adalah memikul satu amanah yang besar. Macam pakai tudung, ramai yang pakai sekarang tapi tidak ramai yang sedar bertudung itu lebih dari sehelai kain yang menutupi kepala. Trend itu tidak lama, kalau lama tu dah bukan trend, sekarang trend bertudung nanti trend ape lak. Kita xyah la nk judge orang sgt, kalau die baru bertudung kita doakan die kekal dan istiqamah, kalau yang xbertudung, doakan die bertudung nanti dan kalu yang on off tu, doakan die kembali kekal bertudung. kita sape nk judge2 org tp still teguran itu perlu cuma berhemah la dalam menegur, kita pun hamba yang dihisab jgk nanti.


Sedikit perkongsian moga bermanfaat =)

3 comments:

EB said...

Salam Ramadhan...

Bestnya Program ni..
Nasib baikla eb ni jauh..
Nak sngt² jumpa Ustaz Hasrizal tu dekat².. Buku² dia semua eb baca.. bnyk yg mberi ikhtibar dan pengajaran.. Eb pn nak kurus balik mcm yg asal.. Eb gmuk skrg ni.. klu dulu eb blh kurus napa x blh pula skrg ni.. Alhamdulillah eb cuba hargai saat² indah d bulan ramadhan ini utk kurus.. Ustaz Hasrizal blh napa eb x blh.. Ya harus dtepati jnji pd Allah..

Baca pn da best apa lg kalau berada ditempat kejadian kn.. Hmm.. Alhamdulillah Najwa kmu pnya rezeki.. Terima kasih atas entri ini.. Sungguh best!!

EB said...

Oh terlupa Eb juga sangat mengagumi Dr.MAZA.. Ceramahnya "Jangan bersedih kerana Allah sentiasa bersama mu" itu paling best n membuka minda.. Nangis bila dihayati..

penaberkala said...

owh, sempat jugak dih kelik qlate
nice info
terima kasih untuk perkongsian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...